1. Tajuk Promosi: Promosi Perayaan MotoGP Triple Crown Champions 2019
    Penganjur: Boon Siew Honda Sdn Bhd (No. Syarikat 200401038385 (676896-A))
    Tempoh Promosi: 9 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020Extend to 8 Feb 2020 (Hanya motosikal RS150R yang berdaftar dalam Tempoh Promosi layak untuk promosi ini)
    Tempoh Penyertaan: 15 Disember 2019 hingga 14 Januari 2020Extend to 15 Feb 2020 (kemasukan terakhir pada 2359 GMT + 8 Malaysia)
    Cenderahati: 1 helai 2019 MotoGP Triple Crown Championship T shirt dan 1 utas Rantai Kunci
  2. "Sebarang pendaftaran RS150R yang dibuat dalam Tempoh Promosi adalah layak untuk menyertai Promosi ini. Bukti pendaftaran (termasuk tetapi tidak terhad kepada Sijil Pendaftaran atau yang sepadan) dan mesti digunakan sekali sahaja. Hanya pemilik berdaftar RS150R yang baharu sahaja layak untuk menyertai Promosi ini dan kelayakan tidak tertakluk untuk pemindahan atau pertukaran hak milik("Peserta Layak")"
  3. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau kegagalan untuk mematuhi semua atau mana-mana Terma dan Syarat, secara automatik terbatal kelayakan untuk menyertai Promosi tanpa sebarang notis dikemukakan.
  4. Cenderahati yang disediakan oleh pihak Penganjur adalah berdasarkan prinsip "sementara stok masih ada". Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan cenderahati dengan barangan lain yang sama nilainya dari segi spesifikasi, atau ukuran (untuk baju).
  5. "Cenderahti tidak boleh ditukar dengan wang tunai."
  6. Pihak Penganjur berhak dan mempunyai kuasa mutlak untuk melanjutkan tempoh Promosi pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada mana-mana pihakt. Melainkan jika diubah selainnya oleh pihak Penganjur, sebarang penyertaan semasa tempoh lanjutan (jika ada) adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang telah ditetapkan, di mana Terma dan Syarat tersebut adalah berkuasa dan mempunyai kesan pada setiap masa.
  7. Pihak Penganjur mempunyai kuasa mutlak untuk mengubah suai mekanisme Promosi, menggugurkan atau menamatkan Promosi ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada mana-mana pihak.
  8. "Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau boleh dikenakan tindakan terhadap sebarang kerugian yang berkaitan dengan Promosi ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:"
    Sebarang masalah, kerugian atau kerosakan apa-apa yang dialami oleh mana-mana pihak disebabkan oleh sebarang kelewatan dan/atau kegagalan dalam menghantar dan menerima penyertaan kesan daripada masalah rangkaian, komunikasi atau sistem ralat, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami. Jika berlaku ralat, gangguan dan/atau kegagalan, pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau boleh dikenakan tindakan untuk sebarang kegagalan oleh peserta yang layak untuk menyertai Promosi ini pada bila-bila masa.
    "Sebarang masalah, perbelanjaan, kerosakaan, kerugian, tindakan dan tuntutan terhadap peserta yang layak yang akan timbul atau berkait dengan penyertaan dalam Promosi ini."
  9. Dengan menyertai Promosi ini, peserta bersetuju bahawa pihak Penganjur atau mana-mana pegangannya, subsidiari atau syarikat berkaitan yang termaktub di bawah Akta Syarikat 2016, penyedia servis, ejen dan kontraktor yang menyediakan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada pihak Penganjur dan bertindak bagi pihak Penganjur untuk memproses data peribadi yang diberikan semasa penyertaan bagi tujuan Promosi.
  10. Pihak Penganjur juga berhak untuk menggunakan data peribadi peserta untuk tujuan berhubung dan menghantar maklumat pemasaran dan info promosi atau bahan promosi berkenaan produk, khidmat servis, majlis atau pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Penganjur.
  11. Pihak Penganjur mempunyai kuasa mutlak untuk membatalkan penyertaan mana-mana individu yang menggangu atau menipu atau menggodam atau menyalahgunakan proses atau operasi Promosi ini dengan melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat Promosi ini.
  12. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan, meminda penggantungan atau melengahkan Promosi ini sekiranya berlaku apa-apa situasi yang tidak dijangkakan dan di luar kawalan pihak Penganjur.
  13. Dengan penyertaan dalam Promosi ini, peserta yang layak bersetuju untuk melepaskan, menanggung rugi dan tidak meletakkan pihak Penganjur dalam apa-apa bahaya terhadap sebarang tindakan undang-undang, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan termasuklah kos guaman yang timbul berkaitan dengan Promosi ini.
  14. Apa-apa Terma dan Syarat dalam Promosi ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dilaksanakan di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan adalah tidak memberi kesan setakat mana penyalahgunaan, tidak sah, larangan atau ketidakbolehan penguatkuasaan tanpa membatalkan peruntukan yang selebihnya.
  15. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline Penganjur di nombor 1800-88-3993