Press Information

Zaqhwan bersedia hadapi cabaran All Japan Road Racing Championship




Mohd Zaqhwan Zaidi telah mencatat kemenangan dramatik dalam aksi di litar basah pada Perlumbaan 2 Asia Superbike 1000cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang, 10 Mac lepas. Bermula dari petak ketiga, pelumba Honda Asia- Dream Racing With SHOWA itu nyata mempunyai kelebihan ketika ramai pelumba lain mengalami masalah dalam hujan. Zaqhwan mendahului perlumbaan pada pusingan ketujuh dan menamatkan 11 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 27’20.147s.

Zaqhwan yang merupakan Juara kelas perdana CP130 2014 dan juga juara Asia kategori SuperSports 600cc musim 2014 dan 2016 kini kembali mewarnai kancah saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2019 di Jasin, Melaka, pada 23 dan 24 Mac lepas. Zaqhwan telah berehat dari saingan CP150 pada musim 2018 untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap penyertaannya dalam Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dan Kejuaraan Seluruh Jepun (All Japan Superbike). Bagi musim 2019, Zaqhwan yang berusia 24 tahun itu berganding bahu bersama Azroy Hakeem Anuar, dan juara WIRA 2015, Harith Farhan Baharin di bawah pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

Azroy Hakeem Anuar meraih kemenangan penuh bermakna buat kontinjen Honda dengan memenangi perlumbaan CP150 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2019 di Jasin, Melaka, pada 23 dan 24 Mac lepas. Md Helmi Azman (SGR) Hi Rev SCK Honda Racing pula menduduki tempat kedua, manakala Zaqhwan berjaya melengkapkan penguasaan podium Honda di kedudukan ketiga dengan masa 16’09.377s.

Sebaik sahaja habis menyudahkan perlumbaan CP150 Pusingan 1 Jasin dengan membuat 'comeback' di tempat ketiga, juara Perlumbaan 2 ARRC Sepang 2019 ini telah bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA untuk berangkat ke Jepun bagi menjalani latihan bagi menghadapi All Japan Superbike di Litar Twin Ring Motegi, Jepun.

"Tangan saya mengalami kecederaan setelah terjatuh di Jepun dan juga pusingan terakhir ARRC di Thailand musim lepas. Namun begiu tangan saya sudah hampir pulih sepenuhnya, jadi saya berharap dapat memberi aksi terbaik di nanti," ujar Zaqhwan ketika ditemui sejurus selepas perlumbaan di Jasin.

Zaqhwan Zaidi akan menunggang jentera CBR1000RR bernombor 15 dalam kelas Superbike bagi Kejohanan All Japan Road Racing Championship Musim 2019 yang akan bermula di Litar Twin Ring Motegi Circuit pada 6-7 April 2019 ini di bawah payung pasukan Honda Asia-Dream Racing With Showa. Pasukan ini dianggotai oleh kakitangan tertinggi anak syarikat Honda dan pasukan perlumbaan lain di rantau Asia & Oceania. Bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada telah diamanahkan tanggungjawab sebagai pengurus pasukan tersebut.

Bagi kejohanan All Japan Road Racing Championship 2019, pasukan ini akan menyertai empat pusingan perlumban iaitu Pusingan 1 & 6 di Motegi dan Pusingan 2 & 8 di Liar Suzuka.

Zaqhwan telah menjalani sesi ujian untuk pasukan pengeluar pada 27 & 28 Mac lepas. Hari pertama ujian telah ditumpukan pada penalaan suspensi depan dan belakang yang dibekalkan Showa selaku penaja baharu pasukan ini. Ujian hari pertama telah dijalankan dalam cuaca sejuk 7°C. Kesejukan ini telah memberi kesan kepada Zaqhwan yang belum pulih sepenuhnya dari kecederaan musim lepas.

Zaqhwan berada di kedudukan kelima belas dalam ujian hari pertama di Motegi dengan catatan masa 1'51.120 iaiu 3.379 saat di belakang pendahulu terpantas. "Dalam ujian hari ini saya merasakan terdapat penambahbaikan dengan penggunaan suspensi baharu. Hari ini ditumpukan kepada penalaan suspensi dan penyesuaian tayar. Saya mensasarkan kedudukan sepuluh teratas walaupun tangan saya masih terasa sakit," ujar Zaqhwan di akhir hari pertama ujian.

Hari kedua ujian telah menyaksikan Zaqhwan memperbaiki kedudukan dalam carta setelah menduduki tempat kesebelas dengan catatan masa 1'50.815 iaitu 2.872 saat di belakang pendahulu.

"Ujian hari kedua adalah positif dan saya memperbaiki catatan masa di sesi akhir. Masih belum mencukupi tapi ianya baik untuk halatuju tetapan bagi minggu perlumbaan. Saya akan berusaha lebih gigih untuk berada di kelompok sepuluh teratas," rumus Zaqhwan.

Pengurus Pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA, Makoto Tamada turut merangkumkan sesi ujian dua hari ini. "Kami telah menguji banyak tetapan suspensi dan jentera kami kini dirasakan makin bertambah baik. Walaupun Zaqhwan tidak mampu mencatat masa terbaik, apa yang penting adalah beliau mampu memahami halatuju pasukan dan jentera. Beliau harus mempertingkakan usaha pada hujung minggu perlumbaan untuk memperbaiki prestasinya. Bagi pasukan pula, kami akan cuba menukar gear transmisi bagi mendapat rasa yang lebih baik untuk menggalas cabaran minggu perlumbaan. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami."

For more information:


Please visit our Website:

www.boonsiewhonda.com.my


or our Facebook account:

https://www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda/

or Toll-Free line at 1800-88-3993 (Monday to Friday 9am to 5pm, exclude Public Holiday)


About Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Boon Siew Honda Sdn Bhd, a joint venture company between Honda Motor Co., Ltd. and Oriental Holdings Bhd, began operations in September 2008 with the dual aims to consolidate motorcycle production and sales in Malaysia and to achieve higher customer satisfaction and efficiency. Prior to the emergence of the new company, Boon Siew Sdn. Bhd. was responsible for the manufacturing and wholesale business of Honda motorcycle products in Malaysia. While envisioning collaboration with other Honda companies in worldwide, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. will strengthen its competitiveness and strive to provide products and services, exceeding the customers’ expectations.


<< Back to News