Press Information

Zaqhwan kekalkan rentak baik di Pusingan 2 kelas Japan Superbike 1000cc Suzuka


MFJ ALL JAPAN ROAD RACE CHAMPIONSHIP

Pelumba Pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA, Zaqhwan Zaidi yang bermula dari petak ke-14 telah menamatkan Perlumbaan 1 Pusingan Kedua di tempat kesembilan, sama seperti dalam Pusingan 1 di Motegi sebelum ini. Pengurus Pasukan, Makoto T amada menyatakan bahawa keputusan ini agak baik kerana mereka berada di hadapan semua pasukan pengeluar. Pasukan ini mensasarkan penyudahan tempat ketujuh, tetapi mereka telah menghadapi sedikit masalah semasa perlumbaan.

Zaqhwan Zaidi: Perlumbaan 1: Penamat P9

“Saya berasa gembira dengan keputusan saya pada perlumbaan 1 di kedudukan kesembilan, dengan rentak perlumbaan yang lebih baik dari tahun lepas. Saya menghadapi masalah semasa sesi kelayakan, dan ini memberi kesan kepada kedudukan permulaan saya dan pasti esok saya akan memperbaikinya lagi dalam Perlumbaan 2. Matlamat utama saya adalah untuk mensasarkan masa pusingan terbaik saya dan memperbaikinya.”

Bermula dari petak ke-13, Perlumbaan Dua telah menyaksikan Zaqhwan tamat di kedudukan kesepuluh. Ianya merupakan penamat yang baik namun begitu belum mencapai sasaran pasukan. Semasa perlumbaan bermula Zaqhwan telah melakukan sedikit kesilapan, dan ia merupakan sesuatu yang harus diperbaikinya untuk mengelakkan jurang peringkat awal dari menjadi semakin besar. Acara seterusnya di Suzuka merupakan perlumbaan ketahanan, dan pasukan ini berharap boleh melakukan persembahan yang lebih baik dari tahun lepas dengan masa pusingan yang bertambah baik.

Zaqhwan Zaidi: Perlumbaan 2: Penamat P10

"Perlumbaan 2 Saya telah membuat sedikit kesilapan semasa permulaan dan juga sedikit perlahan pada dua pusingan awal menyebabkan saya turun beberapa kedudukan. Saya kemudiannya cuba bertindak untuk berada di kumpulan kesepuluh teratas dan syukur usaha saya berjaya. Ia agak baik bagi saya kerana rentak perlumbaan juga berjaya diperbaiki tetapi masih tidak mencukupi untuk memperbaiki masa pusingan saya. Diharapkan catatan masa yang akan datang akan berbeza. Saya akan mengekalkan semangat saya ke pusingan Australia dan cuba untuk menang di sana kelak."

Pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA kini bersiap sedia untuk menghadapi Pusingan Kedua Asia Road racing Championship yang akan berlangsung di Litar The Bend Motorsport Park pada 25 - 28 April ini.

For more information:


Please visit our Website:

www.boonsiewhonda.com.my


or our Facebook account:

https://www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda/

or Toll-Free line at 1800-88-3993 (Monday to Friday 9am to 5pm, exclude Public Holiday)


About Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Boon Siew Honda Sdn Bhd, a joint venture company between Honda Motor Co., Ltd. and Oriental Holdings Bhd, began operations in September 2008 with the dual aims to consolidate motorcycle production and sales in Malaysia and to achieve higher customer satisfaction and efficiency. Prior to the emergence of the new company, Boon Siew Sdn. Bhd. was responsible for the manufacturing and wholesale business of Honda motorcycle products in Malaysia. While envisioning collaboration with other Honda companies in worldwide, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. will strengthen its competitiveness and strive to provide products and services, exceeding the customers’ expectations.


<< Back to News