| MODEL LAGENDA HONDA GOLD WING 2012 MENINGKATKAN PENANDA ARAS UNTUK MOTOSIKAL TOURING | |||||
|
|||||
gas berbahaya daripada ekzos bagi memastikan ia menepati garis panduan emisi Euro-3. Kesan tork sisi dihapuskan oleh kotak gear lima kelajuan bersama ciri pemacu lampau yang berputar pada arah berlawanan dengan aci engkol enjin. Gear kelima merupakan pemacu lampau yang membolehkan putaran enjin rendah sewaktu ditunggang secara santai. Direka untuk mereka yang gemar mengembara, Honda Gold Wing 2012 menampilkan ruang penyimpanan barang lebih besar, poket-poket pada fairing dan kotak atas, meningkatkan kapasiti ruang keseluruhan kepada lebih 150 liter. Kompartmen penyimpanan pada bahagian tengah yang berkapasiti 2.8 liter disediakan untuk menyimpan barangan kecil peribadi dan aksesori ketika menunggang di atas jalan raya. Pengalaman menunggang motosikal touring tidak lengkap tanpa sistem audio yang bagus untuk memainkan muzik. Honda Gold Wing 2012 hadir bersama satu sistem audio dengan bunyi keliling yang menawarkan kebebasan untuk menghasilkan lagu-lagu sesuai untuk perjalanan dalam pelbagai format seperti MP3, WMA dan AAC yang boleh disambung kepada iPod®, iPhone® atau USB. Kemewahan sebenar Honda Gold Wing 2012 disempurnakan dengan material tempat duduknya yang telah dipertingkatkan. Pelapik tempat duduk yang kalis cuaca dan kusyen uretana dibentuk bagi memberikan penunggang keselesaan terbaik. Sebagai tambahan, tempat duduk yang boleh dipanaskan dan sistem pemanas kaki memberikan suhu selesa sepanjang perjalanan. Pro-Arm Rear Swingarm menawarkan pengendalian responsif, manakala titik graviti yang rendah memberikan keseimbangan dan kestabilan ketika ia ditunggang perlahan. Honda Gold Wing 2012 juga dilengkapi dengan ciri-ciri tunggangan termaju yang pasti disukai oleh peminat motosikal berikutan maklum balas dan kemudahan yang ditawarkannya. Satu butang pada pemegang hendal sebelah kanan membolehkan gear mengundur dimasukkan dengan mudah. Sementara perjalanan menjadi semakin mudah melalui sistem kawalan jelajah elektronik yang menggunakan satu ECU 16-bit, iaitu mekanisma pendikit yang digerakkan oleh motor. Dengan sistem penetapan penyelarasan cermin utama enam cara sebanyak 100mm, sesi tunggangan bukan sahaja lebih selamat apabila angin kencang menerjah, malah jentera ini dipertingkatkan melalui perlindungan udara dan angin yang dibina pada bahagian hadapan dan tubuhnya. Ciri-ciri keselamatan turut dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang berperanan mengurangkan usaha membrek apabila ia mengesan roda akan terkunci. Sementara Sistem Brek Gabungan (CBS) pula bertanggungjawab memberi keseimbangan di antara brek hadapan dan belakang. Honda 2012 Gold Wing hadir dalam dua warna – Putih Mutiara dan Grafit Hitam. Model baharu itu boleh didapati bilik pameran Impian Honda yang sah pada harga RM174,900.00 (di atas jalan) mulai 31 Mei 2012. Maklumat lanjut, sila layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas Boon Siew Honda: 1800-88-3993 (Isnin – Jumaat, 9pg – 5ptg, kecuali cuti awam). |
|||||
| << Back to News |