News

Honda BeAT ‘Yes-lahh!’ RM100 Baucar Petrol Kempen




Boon Siew Honda sekali lagi membawa peluang kepada semua peminat Honda terutama generasi muda khususnya para pelajar sekalian dengan memperkenalkan kempen Honda BeAT ‘Yes-lahh!’ dengan Baucar Petrol percuma bernilai RM100.

Jika anda merupakan pelajar sekolah menengah, kolej, universiti atau graduan yang tidak melebihi tempoh 2 tahun, anda layak untuk menikmati peluang istimewa ini.

Setiap pembeli yang layak akan memperolehi satu Baucar Petrol Percuma yang bernilai RM100 dengan setiap pembelian Honda BeAT dalam tempoh promosi dari 1hb Disember 2016 hingga 28hb Februari 2017.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian bebas tol Boon Siew Honda 1800-88-3993 atau kunjungi pengedar kami yang terdekat.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.



<< Back to News